Menurut pegawai kedutaan Korea Utara, kesemua kanak-kanak berusia antara tiga tahun sehingga enam tahun itu merupakan pelajar sekolah antarabangsa Korea Selatan di bandar berkenaan.

Seorang guru yang turut berada dalam bas itu cedera parah.

Pihak pentadbir Weihai pula melaporkan lima kanak-kanak yang terkorban adalah warga Korea Selatan manakala enam lagi rakyat negara ini.

Namun pegawai kedutaan Korea Selatan di bandar Qingdao memberitahu AFP bahawa 10 daripada mangsa adalah warga Korea Selatan.

Bas itu dilaporkan dalam perjalanan ke Sekolah Antarabangsa Korea Selatan, Zhongshi sebelum terlibat dalam kemalangan di terowong Taojiakuang pukul 9 pagi ini namun punca kemalangan masih disiasat. - AFP