Portal berita Oddity Central melaporkan, Paul Stender, seorang jurutera dan pasukan perekanya, Indy Boys mereka cipta bas sekolah digelar School Time itu dengan keupayaan memecut selaju 590 kilometer sejam.

Paul dipercayai membina sendiri keseluruhan struktur bas itu kerana bas sebenar dipercayai tidak mampu bertahan dengan kelajuannya.

“Tidak mungkin badan bas asli mampu bertahan dengan kelajuan enjin School Time.

“Banyak daripada komponennya adalah buatan tangan dan jenis-jenis logam yang digunakan boleh diperoleh di rumah,” katanya.

Jelas beliau, apabila enjin bas School Times jenis GE J- 7 dihidupkan, nyalaan api gergasi sepanjang 24.3 meter akan keluar daripada ekzos hasil dari pembakaran enjin.

“Kuasa seumpama itu bukan dari jenis cekap tenaga. Oleh itu jangan terperanjat jika kenderaan ini memerlukan 423 liter minyak dalam satu pecutan,” katanya.

Bas itu dilengkapi dengan sebuah enjin yang besar dan hanya mampu memuatkan tiga orang penumpang di dalamnya.