Kemalangan itu berpunca apabila seorang pemandu bas tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar beberapa batang pokok ketika dalam perjalanan dari Santiago de Cuba ke Nuevita.

Dua daripada mangsa mengalami cedera parah dan kesemuanya telah dibawa ke hospital wilayah Carlos Manuel de Cespedes untuk rawatan lanjut.

Antara mereka yang tercedera ialah enam kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia 18 bulan dan lima warga emas. - BERNAMA