Media India hari ini berkata, Rafiq Qureshi menyifatkan berita yang disebarkan di seluruh dunia, bahawa dia mengadakan perjumpaan dengan seorang lelaki yang mendakwa dari Asia Barat yang mahu mengambil anak perempuannya berusia sembilan itu semalam sebagai suatu pembohongan.

Akhbar tabloid mingguan itu menggambarkan lelaki berkenaan berperwatakan seperti sheikh Arab. Ia adalah taktik bagi memperlihatkannya sebagai majikan yang berjaya, kaya dan terkenal di Britian.

"Mereka turut mendakwa kami akan menikmati pelbagai kemudahan dan ia sesuatu yang baik untuk anak perempuan saya, tapi saya menafikannya. Laporan menyatakan saya mahu menjual Rubina, itu tidak benar,'' kata Rafiq kepada pemberita.

Rubina yang membawa watak sebagai Latika ketika remaja dalam filem yang menggegarkan dunia filem itu terus tinggal di kawasan miskin dan sesak di Mumbai dengan berkata; "Saya mahu terus tinggal dengan ayah."

Berita seluruh dunia melaporkan Rafiq menuntut bayaran sebanyak AS$400,000 (RM1,440,000) untuk Rubina dalam pertemuannya dengan 'sheikh' itu di salah sebuah hotel di Mumbai.

Beliau juga mempertahankan bahawa keluarganya tidak perah membuat duit hasil daripada kecemerlangan filem itu, yang meraih lapan anugerah pada Februari lalu.

Menurut media India, ibu Rubina, Kursheed yang tinggal berasingan telah membuat laporan polis dua minggu lalu dan mendakwa dia begitu tertekan dengan perhatian melampau ke atas anak perempuannya itu.

- AFP