Rakaman video berkenaan yang dirakam di kawasan luar bandar di Cankiri, wilayah Yaylakent di utara negara ini telah mendapat tontonan paling ramai di Turki.

Video itu dirakamkan oleh seorang pemandu lain yang mengekori kenderaan berkenaan, lapor portal Daily Mail.

Pihak polis bertindak menahan bapa terbabit, Idris K selepas berjaya mengesan nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

Bapa kepada lapan anak itu mendakwa dia bertindak sedemikian setelah dipaksa oleh anak perempuannya yang mahu me­nguji ketahanan tempat meletak basikal berkenaan.

Dalam satu kenyataannya kepada pihak polis, Idris mendakwa anak perempuannya mahu meyakinkan dia bahawa tempat letak basikal itu kukuh dan mampu menampung barang seberat sehingga 150 kilogram.

Katanya, kenderaan yang dipandunya bergerak antara 300 sehingga 400 meter sebelum anaknya dilepaskan.

Anak lelaki Idris, Enes K, 22, memberitahu wartawan, akibat kejadian itu dan penularan video berkenaan dalam media sosial, keluarganya kini mengalami tekanan dan sangat sedih.

Pihak berkuasa pula memaklumkan telah mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi keselamatan mangsa.

Mereka masih belum memberi sebarang maklumat tentang pertuduhan yang akan dikemukakan terhadap Idris.