Selepas mendengar bantuan makanan dijual di pasaran terbuka di Sanaa, Program Makanan Sedunia (WFP) mendapati ramai orang tidak mendapat bantuan yang dikhususkan kepada mereka.

Menurut WFP, satu organisasi tempatan dikaitkan dengan Kementerian Pendidikan Houthi didakwa melakukan penipuan.

“Perbuatan itu disifatkan sebagai mencuri daripada mulut-mulut orang yang lapar.

“Perkara ini berlaku ketika kanak-kanak di Yemen sedang menderita akibat mereka kekurangan makanan. Jenayah seperti ini perlu dihentikan,” ujar WFP. - REUTERS