Menurut polis dan Agensi Berita Yonhap, pemandu berusia 57 tahun tersebut dengan nama keluarga Choi membakar dirinya di hadapan Parlimen Kebangsaan di sini selepas mengadu mengenai perkhidmatan kongsi kereta.

“Choi telah memberitahu rakan teksi lain bahawa dia mahu membakar dirinya kerana kongsi kereta KakaoTalk itu.

“Lelaki itu menyiram dirinya dengan minyak ketika duduk dalam teksi sebelum menyalakan api,” katanya.

Aplikasi KakaoTalk digunakan lebih 80 peratus rakyat Korea Selatan menyaksikan ribuan pemandu teksi melakukan demonstrasi besar-besaran membantah aplikasi yang akan dilancarkan minggu hadapan.

Perkhidmatan e-hailing, Uber telah ditutup perkhidmatannya pada 2015 berikutan bantahan pemandu teksi.

Tambahnya, mangsa yang merupakan seorang pemimpin cawangan kesatuan pekerja syarikat di Seoul telah dibawa ke hospital namun disahkan maut beberapa jam kemudian. - AFP