Para pegawai tempatan berkata, anggota tentera sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk membantu operasi menyelamat.

“Terdapat lima laporan tanah runtuh di beberapa tempat di Kalutara,” kata jurucakap polis, Priyantha Jayakody.

Pusat pengurusan bencana tempatan memaklumkan 38 mangsa maut di Kalutara manakala 46 lagi di daerah Ratnapura.

Sementara itu, para pegawai Meteorologi tempatan berkata, hujan yang berlaku semalam adalah paling terburuk sejak 2003. - REUTERS