Al-Jazeera melaporkan, jumlah korban kini mening­kat kepada 324 orang dan ang­ka tersebut dijangka bertambah dalam tempoh terdekat.

Hujan lebat yang melanda Kerala sejak lapan hari lalu menyebabkan tanah runtuh sehingga mengakibatkan banyak kediaman dan infrastruktur musnah.

Selain itu, keadaan bencana ter­sebut menjejaskan perkhidmatan pengangkutan udara dan tren di negeri ini.

Dalam pada itu, hujan yang dilaporkan berhenti hari ini secara tidak langsung membolehkan pa­sukan keselamatan memindahkan mangsa ke 1,200 kem perlindungan sementara di seluruh negeri.

Setakat ini, lebih 150,000 penduduk sudah dipindahkan ke kem-kem perlindungan tersebut.