Lebih daripada 12 kanak-kanak dipercayai terlibat dalam nahas berkenaan ketika pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Myeik ke Yangon.

“Kami menjumpai serpihan pesawat pada jarak 218 kilometer (km) dari bandar Dawei,” kata pegawai pelancongan Myeik, Naing Lin Zaw.

Tiga mayat, termasuk dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak, turut ditemukan oleh kapal tentera laut, 35 kilometer daripada selatan bandar perairan Launglon. - REUTERS/ AGENSI