Menurut portal berita BBC, James Ward dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas didapati bersalah dalam satu kes pertengkaran dengan bapanya, Bill Ward.

Lelaki berusia 32 tahun itu mempunyai masalah kesihatan mental dan ke­rap membahayakan diri ketika menjalani hukuman pada tahun 2006.

Lelaki berkenaan me­ngakui tidak dapat mena­han tekanan hidup di pen­jara dan beberapa kali membakar katilnya, menyebabkan hakim memutuskan untuk meletakkan­nya di bawah program Hu­­kuman Penjara Perlindu­ngan Awam (IPP) tanpa sebarang tarikh pembebasan.

“James bukan risiko ke­pada orang ramai, dia ha­nya cenderung untuk men­ce­derakan dirinya sen­diri tetapi dengan so­kongan yang tepat, kami yakin dia akan sembuh.

“Saya berharap para ta­hanan IPP yang sudah melepasi tarikh hukuman yang terlalu lama juga perlu diberi hak mereka untuk dibebaskan,” jelas kakak­nya, April.

Lembaga Parol mengesahkan pembebasan Ward dan telah mendapatkan bahagian sokongan kesihatan mental untuk membantu lelaki berkenaan selepas keluar dari penjara.

IPP telah dimansuhkan pada tahun 2012, tetapi lebih daripada 3,000 banduan di England dan Wales dilaporkan masih menja­la­ni hukuman penjara di bawah program berkenaan.

Jurucakap Kementerian Kehakiman sebelum ini berkata, pihaknya ber­te­kad untuk menangani cabaran bagi memastikan semua banduan IPP mendapat sokongan yang mereka perlukan untuk menunjukkan bahawa me­reka tidak lagi menjadi ancaman kepada ke­selamatan awam.

“Usaha ini terus mencapai hasil dengan pembebasan 576 banduan IPP pada 2016, jumlah pembebasan tahunan tertinggi sejak program hukuman itu diperkenalkan pada tahun 2005,” katanya.