Daily Mail melaporkan, sekumpulan saintis dari Universiti Montreal, Kanada mendapati permainan tersebut menyebabkan neuron pemain tegar video ber­kenaan berkurangan di bahagian hippocampus otak.

Hippocampus merupakan pu­sat ingatan utama dalam otak.

Menurut Ketua Penyelidik Universiti Montreal, Dr Greg West, bagi pemain video tanpa unsur keganasan, mereka tidak me­ngalami masalah bahkan mendapat kesan yang positif daripa­­­­d­a­nya.

“Kami telah melakukan kajian terhadap 100 pemain tegar yang kerap terlibat dalam permainan berunsur keganasan de­ngan aksi tembak menembak seperti Call of Duty, Killzone dan Borderlands untuk tempoh 90 jam.

“Kami juga mengkaji pemain bagi pemainan tanpa unsur ke­ganasan seperti siri Super Mario bagi mendapatkan jurang perbezaan antara dua kategori pemain ini.

“Pada akhir kajian, kami dapati neuron berkurangan pada pusat ingatan utama bagi kumpulan pemain tegar yang terlibat dengan permainan video berunsur keganasan berbanding yang sebalik­nya,” jelas beliau.

Penemuan ini sekali gus mencabar hasil penyelidikan terdahulu bahawa semua permainan vi­deo mampu untuk meningkatkan beberapa aspek pemprosesan mental dan meningkatkan memori jangka pendek.

Tambah Dr West, permainan vi­deo memberi manfaat ke­pada sistem kognitif tertentu dalam otak terutamanya berkaitan de­ngan perhatian visual dan me­mori jangka pendek.

Katanya, hippocampus yang le­mah menyebabkan semakin ramai bakal berdepan risiko pe­nyakit otak yang mungkin bermula de­ngan kemurungan sehinggalah gangguan dan tekanan pasca trauma (PTSD) selain penyakit Alzheimer.

Kajian juga menunjukkan permainan berunsur keganasan akan merangsang kawasan otak untuk membentuk tabiat disebut caudate nucleas yang mengurangkan atau menghilangkan atau me­nge­cutkan lebih banyak sel-sel hippocampus.