Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bahan buangan angkasawan dijadikan plastik

NEW YORK 23 Ogos – Penyelidik di Amerika Syarikat (AS) sedang mencipta kaedah untuk me­ngubah air kencing dan karbon dioksida yang dikeluarkan angkasawan kepada plastik sebelum dijadikan sebagai peralatan di angkasa lepas.

Mail Online melaporkan, idea menggunakan bahan buangan manusia di angkasa lepas bukanlah baharu kerana angkasawan di Ste­sen Angkasa Lepas Antara­bangsa sudah memproses peluh,air mandi dan air kencing menjadi air minuman mereka.

Pembangunannya bergantung kepada jenis ragi tertentu yang menggunakan urea air kencing dan karbon dioksida daripada nafas manusia untuk menghasilkan polimer poliester yang boleh digunakan dalam cetakan tiga dimensi atau 3D sebagai bahagian plastik baharu.

Selain itu, bahan buangan ang­kasawan boleh menghasilkan nut­rien asid lemak omega-3 yang pen­ting untuk angkasawan.

Kajian itu membolehkan perjalanan jarak jauh di angkasa lepas selain memungkinkan misi menjelajah Marikh menjadi ken­yataan pada masa akan datang.

Keputusan kajian itu akan di­bentangkan hari ini pada Mesyua­rat Nasional Ke-254 dan Pameran Persatuan Kimia Amerika (ACS) yang merupakan persatuan saintifik terbesar di dunia.

Menurut ketua penyelidikan itu di Universiti Clemson di South Carolina, Dr. Mark Blenner, angkasawan tidak boleh membawa banyak alat ganti ke angkasa lepas kerana setiap gram tambahan akan mengakibatkan kos bahan api yang diperlukan bagi melepasi graviti Bumi bertambah.

“Jika angkasawan ingin me­la­ku­kan pengembaraan yang memakan tempoh beberapa tahun, kita perlu mencari cara untuk mengguna semula atau mengitar semula setiap benda yang dibawa oleh mereka.

“Ekonomi atom akan menjadi sangat penting,” kata Blenner.

Menurut Blenner, penyelesaian kepada masalah itu terletak pada cara angkasawan memanfaatkan bahan buangan daripada pernafasan, makan dan barang.

Bagaimanapun, daripada membuang bahan buangan dengan menghantarnya ke Bumi, Blenner dan pasukannya sedang ber­usaha membina semula molekul daripada bahan buangan berkenaan dan mengubahnya menjadi produk yang diperlukan angkasawan, se­perti poliester dan nutrien.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain