David Sneddon

David Sneddon yang merupakan pelajar Universiti Brigham Young sebagaimana lapor Mail Online hilang di wilayah Yunnan ketika berusia 24 tahun, insiden yang disifatkan polis sebagai satu kemalangan semasa mendaki.

Bagaimanapun, menurut Ke­tua Kesatuan Keluarga Korea Selatan yang Diculik, Choi Sung-yong, Sneddon sebenarnya diculik supaya menjadi tutor bahasa Inggeris kepada Jong-un.

Sneddon, 36, kini menetap di Pyongyang, telah berkahwin serta mempu­nyai dua orang anak.

Berita itu sekali gus memberi kelegaan malah kejutan kepada ibu bapa Sneddon, Roy dan Kathleen yang sudah lama meragui berita kehilangan anak lelaki mereka.

“Dia tetap hidup di hati kami.Kami percaya dia diculik ke­rana fasih berbahasa Korea. Dia pernah bertugas sebagai sukarelawan di Korea Selatan,” kata Kathleen.

Keraguan pasangan itu berasas apabila mayat Sneddon langsung tidak dijumpai selepas dia dipercayai maut semasa mendaki cenuram Tiger Leaping Gorge yang terletak di Sungai Jinsha, Yunnan.

Kawasan itu turut menjadi hentian kereta api bawah tanah yang membawa pela­rian Korea Utara ke Asia Tenggara.

Sepanjang kehilangan Sneddon, ibu bapanya tidak putus asa menjalankan kempen pencarian menerusi laman web dan laman Facebook yang berkongsikan maklumat dan cerita tentang kehilangannya.