Sebaliknya, penyanyi rap ter­se­but, Bobby Ray Simmons Jr. atau lebih dikenali sebagai B.o.B percaya bahawa Bumi itu sebenarnya mendatar.

Lebih menarik, B.o.B ketika ini dikatakan sedang berusaha mengumpul dana untuk melan­carkan satelit menerusi satu kempen yang diwujudkan di laman sesawang GoFundMe bagi membuktikan kesahihan dakwaannya itu.

“Saya memulakan kempen­ ini dengan harapan dapat menghantar satu atau beberapa satelit ke angkasa termasuk ke dalam orbit untuk mengesahkan jika terdapat lengkungan (pada Bu­mi),” katanya dalam satu rakaman video seperti dilaporkan BBC.

Penyanyi rap yang merujuk dirinya sebagai ‘Flat Earth Bob’ atau Bob Bumi Mendatar dikatakan memerlukan dana sehingga AS$200,000 (RM841,334) untuk tujuan berkenaan.

Walaupun ketika artikel ini ditulis B.o.B hanya berjaya meraih dana sebanyak AS$650 (RM2,734), namun kempen yang dicetuskannya itu tetap menjadi bualan ramai.

Difahamkan, ini bukan kali pertama B.o.B menyuarakan ke­ra­guannya mengenai teori yang mengatakan bahawa Bumi itu berbentuk bulat.

Tahun lepas, penyanyi rap tersebut berbalah dengan seorang ahli astrofizik terkenal, Neil DeGrasse Tyson menerusi laman Twitter apabila mempersoalkan lokasi lengkungan Bumi jika planet ini bulat seperti yang didakwa.

Dalam pada itu, kebanyakan penderma menyatakan soko­ngan mereka terhadap kempen B.o.B.

Bagaimanapun, ada juga da­lam kalangan mereka yang agak skeptikal dengan kempen tersebut walaupun turut menderma apabila secara sinisnya berkata: “Ambillah AS$5 (RM21) untuk membuktikan bahawa dakwaan kamu itu salah.”