Lapor RT.com, teksi berkenaan yang dikenali sebagai EHang 216 melakukan penerbangan sulungnya di stadium bola sepak Generali Arena.

Teksi terbabit dilengkapi dengan 16 buah kipas dan mempunyai berat kira-kira 340 kilogram.

Menurut pengasas bersama pengeluar dron Ehang, Derrick Xiong, teksi tersebut boleh memuatkan dua orang penumpang pada satu-satu masa dan mampu terbang pada kelajuan 150 kilometer sejam serta dapat bertahan selama setengah jam perjalanan.

Malahan, teksi itu dilaporkan mampu mengangkut bebanan seberat 260 kilogram.