Amaran diberikan kerajaan Australia dalam akaun Twitter berikutan penemuan jarum dalam strawberi-AGENSI

Isu itu menarik perhatian minggu lalu selepas seorang lelaki dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit perut selepas memakan makanan dari sebuah pasaraya di Queensland.

Selepas kejadian itu, orang ramai telah memuatnaik gambar buah strawberi dengan jarum yang melekat didalamnya.

Sesetengah produk tempatan di Queensland telah dikeluarkan dari pasar raya , dan terdapat beberapa lagi laporan dibuat di New South Wales dan Victoria.

“Sesiapa yang berada di belakang ini bukan hanya meletakkan risiko kepada seluruh penduduk Queensland dan Australia , tetapi seluruh industri,” kata Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk hari ini.

Kerajaannya menawarkan ganjaran AS$ 71,500 ( RM296,000) untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan dan disabitkan oleh mereka yang bertanggungjawab.

“Saya akan menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian ini dengan cara menghubungi polis secepat mungkin,” katanya -AFP