Pasukan keselamatan Australia mengira jumlah bungkusan yang mengandungi dadah dalam satu operasi di Laut Arab di Asia Barat kelmarin. - AFP

Jurucakap kapal HMAS Warramunga, Dugald Clelland berkata, turut dirampas dalam operasi tersebut adalah dadah jenis heroin seberat 69 kilogram.

“Hasil siasatan pihak kami menemukan sejumlah kanabis dan heroin di dalam tiga buah kapal di kawasan laut berkenaan dan kesemua dadah itu dipercayai untuk diedarkan ke seluruh dunia,” katanya. – AFP