Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Australia mansuh visa kerja sementara

MALCOLM TURNBULL
MALCOLM TURNBULL

SYDNEY 18 April - Australia akan memansuhkan visa bekerja sementara yang popular dalam kalangan warga asing dan menggantikannya dengan visa yang memerlukan pemohon mempunyai kemahiran kerja dan bahasa Inggeris yang baik.

Perdana Menteri, Malcom Turnbull (gambar)menafikan perubahan polisi visa itu sebagai memenuhi kehendak parti politik berhaluan kanan seperti One Nation yang menuntut lebih banyak polisi kebangsaan.

Namun melalui Facebook miliknya, beliau memuat naik status berikut: “Fokus perubahan kami mudah, pekerja Australia dan nilai Australia.”

Jelasnya, program visa 457 akan ditamatkan manakala perubahan visa itu akan menarik lebih ramai pekerja berkemahiran.

“Kita merupakan negara pendatang namun hakikat yang kekal, pekerja Australia perlu mempunyai kepentingan terhadap pekerjaan Australia dan kami tidak lagi membenarkan visa 457 menjadi pasport untuk mendapat pekerjaan yang sepatutnya milik rakyat negara ini,” katanya.

Program visa 457 itu diwujudkan untuk mengisi kekurangan pekerja berkemahiran di Australia dan membenarkan pemegangnya membawa ahli keluarga ke negara ini melalui visa tambahan.

Walau bagaimanapun program itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa disalah guna untuk mengambil pekerja murah yang bertentangan dengan tujuan asalnya. – REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain