Negeri itu menjadi saksi dua kejadian keganasan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk insiden di sebuah kafe yang meragut dua nyawa pada 2014.

Kerajaan negeri berkata, mereka akan membelanjakan sebanyak AS$35 juta (RM149 juta) untuk membina penjara di Goulburn Correctional Centre untuk memisahkan banduan yang mempunyai fahaman radikal daripada banduan lain.

Fasiliti terbaharu itu dijangka siap tahun hadapan dan mampu memuatkan sehingga 59 banduan. - AFP