Asteroid tersebut dilaporkan menghampiri bumi pada jarak kira-kira 42,000 kilometer sebelum bergerak ke dalam orbit Bulan dan berada di atas altitud satelit komunikasi.

Saintis berkata, tidak ada risiko kesan dan lintasan tersebut memberikan mereka peluang untuk menguji sistem amaran asteroid yang dikendalikan NASA.

Pengurus Pusat Kajian Objek Berhampiran Bumi (CNEOS), Paul Chodas berkata, asteroid yang dipanggil 2012 TC4, pertama kali dilihat lima tahun lalu dan rangkaian teleskop global akan memantau dengan teliti objek tersebut.

Menurut Chodas, asteroid yang dianggarkan berukuran antara 15 hingga 30 meter m (50-100ft) disifatkan sebagai agak kecil namun batuan ruang pada skala tersebut berbahaya jika menghentam bumi. - AGENSI