Hal ini kerana asparagine yang juga boleh ditemukan dalam makanan seperti ayam dan makanan laut merupakan sejenis asid amino ia­itu bahan asas untuk membina protein, menghalang penularan sel kanser.

BBC melaporkan, menerusi penyelidikan yang dilakukan ter­hadap tikus yang menghidap kanser payudara menunjukkan tumor tersebut semakin besar dan merebak jika tidak mengambil nutrien asparagine.

Ketua penyelidik, Prof. Greg Hannon berkata, kebiasaannya tikus yang menghidap kanser payudara jenis agresif akan mati dalam tempoh beberapa mi­nggu.

Namun, apabila tikus ber­kenaan diberikan diet rendah asparagine, tumor tersebut dilihat sukar untuk membesar atau merebak.

Sehubungan itu, Hannon me­lahirkan harapan untuk membangunkan kajian terhadap ma­­­kanan bagi meningkatkan kemampuan rawatan kanser.

“Kami lihat terdapat banyak bukti yang boleh mengaitkan kanser dengan komponen diet tertentu.

“Pada masa akan datang, me­ngubah diet pemakanan pesakit atau menggunakan ubat yang boleh mempengaruhi sel kanser memperoleh nutrien berkenaan diharap meningkatkan keberkesanan rawatan kanser,” ujarnya.