Jakarta Post yang memetik artikel dalam majalah Times melaporkan, terdapat beberapa kajian mengenai asid lemak omega-3 dan proses penuaan yang sihat, namun isu tersebut tidak digabungkan.

Ketua pengkaji, Heidi Lai berkata, kajian tersebut diadakan dengan melakukan pe­meriksaan terhadap lebih 2,600 warga emas yang turut terlibat dalam kajian kesihatan kardiovaskular Amerika Syarikat (AS).

Kesemua responden diperiksa sebagai sihat pada mula kajian dilakukan dan purata usia mereka adalah 74 tahun.

Apabila kajian bermula, sampel darah responden diambil untuk mengukur 46 jenis asid lemak omega-3 yang berbeza.

Kajian berlangsung selama 25 tahun dan memerlukan res­ponden menjawab soalan lengkap mengenai diet.

Para pengkaji memfokuskan tentang penuaan sihat iaitu warga emas boleh hidup tanpa penyakit kronik seperti sakit jantung, demensia, kanser atau kematian selepas usia 65 tahun tanpa menghidap sebarang pe­nyakit berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak mengambil kira faktor usia panjang kerana tidak semestinya umur yang panjang menunjukkan tahap kesihatan baik.

Pada penghujung tahun kajian, hanya 11 peratus responden menepati definisi penuaan sihat dalam kajian yang dilakukan.

Para pengkaji mendapati pe­ngurangan signifikan dalam proses penuaan yang tidak sihat dikaitkan dengan asid lemak omega-3 yang diperoleh daripada makanan laut.

Lemak itu juga dikaitkan de­ngan peningkatan kesihatan kardiovaskular serta kognitif.