Menurut polis, letupan pertama dikatakan hanya berada 100 meter dari kawasan di mana Abhisit dijadual akan merasmikan jalan raya di bandar Yala dan hampir mencederakan seorang anggota polis yang bertugas ketika lawatan itu diadakan.

Letupan yang kedua, juga di Yala dan berada dua kilometer daripada kawasan itu merupakan letupan bom yang sangat kuat yang mengorbankan seorang anggota sukarelawan selain menyebabkan lubang yang besar di kawasan itu.

"Badan mangsa hancur sepenuhnya," kata komander tentera selatan, Mejar Jeneral Wichet Visaijorn kepada pemberita.

"Militan sengaja mencetuskan serangan keganasan ini bagi menarik perhatian," katanya.

Malah pihak polis turut mendakwa, mereka telah berjaya memusnahkan bom yang ketiga.

Abhisit yang dilahirkan di Britain selain mengaku beliau telah gagal membendung keganasan di selatan negara sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada Disember 2008, tiba di wilayah Narathiwat dan dijadual akan melawat wilayah Yala dan Pattani dalam lawatan sehari itu.

Suthep Thaugsuban, timbalan perdana menteri yang bertanggungjawab berhubung keselamatan negara berusaha mencari punca serangan yang berlaku hari ini. - AFP