Wakil Pentagon yang me­ngesahkan perkara itu memberitahu, tindakan ter­­­sebut dibuat bagi mempertahankan pangkalan At­-Tanaf yang digunakan untuk melatih anggota ten­tera anti-Daesh.

Bagaimanapun, jumlah sebenar unit Sistem Pelancar Roket Bermobiliti Tinggi (HIMARS) yang dibawa menggunakan trak tidak dinyatakan.

Terdahulu, rejim tentera Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad didakwa cuba menubuhkan ‘zon kurang berisiko’ berhampiran penempatan tentera di situ.

Tindakan tersebut ba­gai­ma­napun dianggap se­bagai ancaman baharu oleh AS.

Dalam pada itu, tindakan AS menggerakkan HIMARS didakwa telah mencetuskan bantahan daripada Rusia yang menyokong ke­pemimpinan Bashar.

“Menggerakkan sebarang senjata asing di kawasan jajahan Syria perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan di negara yang berdaulat ini,” kata Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenya­taan di sini.

Meriam pelancar roket itu sebelum ini pernah digerakkan untuk memera­ngi Daesh di Iraq dan Syria.

Selain mampu melancarkan enam roket terka­wal pada jarak lebih 70 kilometer (km), HIMARS juga didakwa boleh melepaskan satu peluru berpandu pada jarak kira-kira 300 km. – AFP