Lapor BBC, pengumuman itu akan menyebabkan kira-kira 57,000 pendatang dipaksa untuk meninggalkan AS pada 5 Januari 2020, apabila status perlindungan sementara (TPS) mereka dibatalkan.

Kesemua pendatang berkenaan diberikan status tersebut selepas Taufan Mitch melanda Honduras pada 1999.

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, keadaan di Honduras bertambah baik sejak bencana itu.

Dalam pada itu, kerajaan Honduras tidak bersetuju program terbabit ditamatkan.

Duta Honduras ke AS, Marlon Tabora berkata, negara itu tidak dapat menampung penghantaran pulang puluhan ribu rakyatnya.