Mesej palsu berkenaan tersebar pada Khamis lalu ketika ketegangan di wilayah berkenaan semakin memuncak selepas Korea Utara menjalankan ujian nuklear keenam dan terbesar awal bulan ini.

Ujian tersebut dan beberapa pelancaran peluru berpandu telah mencetuskan perang mulut antara Presiden AS, Donald Trump dan Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Tentera Korea AS (USFK) belum mengenalpasti berapa ramai anggotanya menerima mesej itu.

Khamis lalu, USFK menerusi laman rasmi Facebook mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mengeluarkan sebarang notis untuk mengosongkan wilayah tersebut. - REUTERS