Di Seoul, jurucakap Blue House mengesahkan, Pre si­den AS, Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Moon Jae-in bersetuju meningkatkan keupayaan negara itu untuk mendepani ancaman Korea Utara.

Pada Selasa lalu, Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana Hwasong-12 yang melintasi ruang udara Jepun sebelum jatuh di perairan utara wilayah Hokkaido.

Pelancaran itu dilakukan ketika Korea Selatan dan AS hampir menamatkan latihan ketenteraan di Semenanjung Korea yang dianggap oleh Korea Utara sebagai latihan untuk melakukan penaklukan terhadap negera itu.

Trump kelmarin menyifatkan perbincangan tidak akan menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi meredakan ke­tegangan yang berlaku.

White House dalam kenya­taannya hari ini berkata, Trump dan Jae-in telah berbincang dalam telefon tentang tingkah laku tidak ‘stabil’ yang ditunjukkan oleh kan oleh Korea Utara.

“Kedua-dua pemimpin ini bersetuju menjalin kerjasama dan memperkuatkan ke­upayaan pertahanan Korea Selatan melalui hubungan diplomatik.

“Presiden Trump menyatakan persetujuan pada prinsipnya untuk meluluskan pembelian peralatan ketente­raan AS yang bernilai berbili­on dolar,” kata kenyataan tersebut.

Jurucakap Seoul, Park Soo-hyun berkata, pihaknya telah mencapai persetujuan supaya kelonggaran diberikan terhadap had maksimum ke­upayaan peluru balistik Korea Selatan yang dikenakan sebelum ini untuk mengelak perlumbaan senjata di ranatu berkenaan.

Sebelum ini, di bawah perjanjian dua hala antara AS dan Seoul, keupayaan peluru ba­listik adalah dihadkan kepada jarak maksimum 800 kilomter dengan muatan 500 kilogram.

Korea Selatan memohon supaya keupayaan kepala pe­luru berpandu ditambah sekali ganda kepada satu tan yang kini dalam pertimbangan Pentagon.– AFP