Komander pengawal sempadan dan tentera iaitu Aung Kyaw Zaw, Khin Maung Soe, Khin Hlaing dan Thura San Lwin dituduh mengetuai kempen ‘kekejaman’ berkenaan terhadap etnik Rohingya serta penduduk minoriti di negeri Kachin dan Shan.

“Pasukan keselamatan Myanmar terlibat dalam kempen yang kejam terhadap komuniti etnik minoriti di seluruh negara itu termasuklah penghapusan etnik, pembunuhan beramai-ramai, serangan seksual dan pelanggaran hak asasi manusia serius lain,” kata Setiausaha untuk Keganasan dan Perisikan Kewangan di Perbendaharaan AS, Sigal Mandelkar. - AFP