Pejabat Kawalan Aset Luar Jabatan Perbendaharaan AS (OFAC) melaporkan, individu yang terlibat merupakan warga Korea Utara yang berada di China, Rusia, Libya dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan bertindak sebagai wakil bank-bank Korea Utara.

Setiausaha Perbendaharaan, Steven T. Mnuchin berkata, langkah itu bertujuan memperluaskan strategi negara ini untuk memulaukan sepenuhnya Korea Utara bagi mencapai matlamat semenanjung Korea yang bebas nuklear. - Reuters