Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis berkata, pihaknya kini tidak merancang untuk menangguhkan lagi latihan itu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan sama ada latihan berkenaan yang diadakan bersama-sama sekutunya di rantau itu dan telah mencetuskan kemarahan Pyongyang, akan disambung dalam waktu terdekat ini.

``Kami tidak akan berundur lagi. Kita akan melihat bagaimana keputusan rundingan itu nanti,’’ katanya. - AFP