Menurut beliau, sekiranya tidak diawasi, Iran berpotensi untuk mengikuti jejak langkah Korea Utara berikutan dakwaan negara-negara Barat berhubung pembangunan nuklearnya sebelum ini.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini mengarahkan semakan semula dilakukan terhadap perjanjian nuklear Iran tetapi me­ngakui negara berkenaan telah mematuhi peraturan ditetapkan.

Trump menganggap perjanjian bersama Teheran merupakan yang terburuk pernah dimeterai tetapi bekas Presiden, Barack Obama mengatakan langkah yang diambilnya adalah bertujuan menyekat Iran daripada mendapatkan senjata nuklear.

Walau bagaima­napun, Til­lerson berkata, semakan semula itu bukan sahaja melihat kepada pema­-
tuhan perjanjian nuklear Iran tetapi juga tindakan mereka di Asia Barat.

Beliau menuduh Iran telah menjejaskan kepentingan AS di Lebanon, Iraq, Syria dan Yemen.

Washington menuduh Korea Utara cuba untuk melakukan tindakan provokasi selepas Pyongyang menjalankan ujian peluru berpandu pada minggu lalu.

Ekoran itu, Korea Utara berkata mereka mungkin bakal me­lakukan ujian dengan lebih kerap dan memberi amaran melancarkan perang besar-besaran sekiranya AS mengambil tindakan ketenteraan.