Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley mengumumkan pembiayaan baharu untuk makanan, air, penjagaan kesihatan dan pelbagai bantuan kritikal lain semasa mesyuarat peringkat kementerian tentang krisis di Myanmar.

PBB, bersama AS dan sekutunya dari Barat menuduh tentera Myanmar melancarkan kempen pembersihan etnik terhadap etnik Islam Rohingya yang dinafikan hak kerakyatan di negara itu. - AFP