Bagaimanapun, ahli arkeologi yang mengkaji penemuan itu mendapati, kepingan kayu terbabit mengandungi tulisan tangan, dipercayai bahan peninggalan zaman pemerintahan Rom di Britain.

Menurut laporan CNN, lebih 400 keping tablet kayu ditemukan selepas kawasan berkenaan ‘dikepung’ untuk kerja-kerja penggalian.

Muzium Arkeologi London (MOLA) memberitahu, antara tablet berkenaan menyebut tentang London selain dokumen-dokumen kewangan.

Tablet itu juga mendedahkan tahun-tahun awal pembukaan London mengikut kata-kata mereka yang mendiami, bekerja, berdagang dan mentadbir kota tersebut.

Pengarah MOLA, Sophie Jackson berkata, penemuan terbabit menjangkaui semua jangkaan dan membolehkan ahli arkeologi memahami dengan lebih dekat kehidupan London ketika itu.

Antara tulisan yang tertera pada tablet itu adalah ‘Londinio Mogontio’ yang diterjemahkan sebagai ‘In London, to Mogontius’.

Huruf pada tablet tersebut menunjukkan sebahagian daripada abjad: ABCDIIFGHIKLMNOPQRST.

Ahli-ahli arkeologi percaya penemuan itu bukti pertama persekolahan zaman Rom.

Seorang penterjemah, Dr. Roger Tomlin berkata, penemuan artifak tersebut merupakan satu keistimewaan untuk ‘mengorek’ rahsia penduduk Roman London.

Selain itu, ahli arkeologi turut menemukan berpuluh-puluh binaan lama ‘bangsa’ Roman London dan 15,000 artifak-artifak lain di kawasan terbabit.