Ariana Grande

Jelas Grande, 22, di Twitter dan Instagram miliknya, dia terpaksa berbuat demikian atas nasihat doktor.

“Saya sangat sedih kerana terpaksa membatalkan persembahan pada Festival Muzik Rock in Rio. Saya sakit tekak dan selesema. Doktor menasihati saya untuk berehat selama beberapa hari,” katanya seperti laporan Mail Online.

Grande berkata, dia menangis selama sejam kerana tidak dapat melakukan persembahan tersebut.

“Saya meminta maaf kepada peminat yang menantikan kemunculan saya. Saya sayangkan anda sepenuh hati,” katanya.

Grande kini sibuk mempromosikan album terbaharunya, Dangerous Woman yang diterbitkan pada 20 Mei lalu.