PATUNG arca Knives Angle dihasilkan daripada lebih 100,000 pisau rampasan dari 40 buah balai polis seluruh Britain. PA

Menurut portal Mail Online, arca gergasi yang diberi nama Knives Angle itu direka oleh seorang pengukir, Alfie Bradley, 25, menggunakan pisau yang dikumpulkan dari 40 buah jabatan polis di seluruh Britain menerusi satu projek amal dua tahun lalu.

Pengerusi Pusat Barangan Besi Britain, Clive Knowles berkata, pihak­nya berharap arca itu boleh dipamerkan di Trafalgar Square di London selepas menerima bilah pisau terakhir yang dikumpul dari Balai Polis South Yorkshire.

“Projek ini bermula selepas kami melihat sebuah dokumentari yang mengkritik polis dikritik kerana tidak menjalankan usaha proaktif untuk mengurangkan jenayah melibatkan penggunaan pisau.

“Kami mewujudkan 150 bank pisau yang berperanan mengumpul senjata tajam itu dari balai polis seluruh Britain bagi membina sebuah monumen kebangsaan menentang keganasan serta pencerobohan,” jelas Knowles.

Pesuruhjaya Polis dan Jenayah, Katy Bourne menyifatkan arca berkenaan sebagai peringatan pen­ting kepada masyarakat tentang bahaya pisau selain meningkatkan semangat pihak berkuasa untuk meningkatkan usaha membanteras jenayah di negara ini.