Kerajaan Arab Saudi memberikan tempoh 24 jam kepada Duta Kanada, Dennis Horak untuk keluar daripada negara ini berhubung campur tangan dalaman Ottawa dalam hal ehwal Riyadh.

Ottawa bagaimanapun tidak memberikan sebarang sebab berhubung pengusiran mengejut itu ketika Menteri Luar Kanada, Chrystia Freeland menegaskan, Kanada akan terus mempertahankan hak asasi manusia di dalam dan di seluruh dunia. - AFP