Ini merupakan kali pertama setelah hampir tiga dekad, seramai 64,000 jemaah haji Iran tidak menyertai di Arab Saudi pada tahun ini selepas kegagalan rundingan antara Teheran dan Riyadh untuk menyelesaikan perselisihan diplomatik antara kedua-dua pihak yang tercetus sejak awal tahun ini.

Raja Salman, 80, yang berucap secara ringkas dihadapan jemaah kenamaan dari selurh dunia berkata, Riyadh menolak sebarang niat untuk mempolitikkan ibadat haji yang merupakan satu amalan tahunan umat Islam.

Tehran menuduh Riyadh ‘menutup jalan menuju Allah’ dan mahu menganjurkan tunjuk perasaan.

Isu yang turut menjadi punca perbalahan adalah keselamatan selepas rempuhan jemaah haji tahun lalu yang telah mengorbankan 2300 jemaah, Iran mencatat jumlah tertinggi sebanyak 464 mangsa. - AFP