Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Arab Saudi tolak dakwaan UK

Arab SAUDI menegaskan negara itu sendiri turut berdepan  dengan
ARAB SAUDI menegaskan negara itu sendiri turut berdepan dengan serangan keganasan militan al-Qaeda dan Daesh.

LONDON 5 Julai – Kedutaan Arab Saudi di United Kingdom (UK) menafikan tuduhan kumpulan pemikir, Henry Jackson Society bahawa negara itu adalah ketua pelopor ekstremisme Islam di negara ini.

Laporan yang dikeluarkan persatuan itu mendakwa, beberapa buah negara Teluk, termasuk Arab Saudi dan Iran telah memberikan sokongan kewangan kepada masjid dan institusi pendidikan Islam yang dipercayai menyebarkan fahaman ekstremisme.

Badan pemikir hubungan luar itu meminta supaya pendengaran awam dibuat terhadap peranan Arab Saudi dan negara-negara Teluk lain.

Menurut portal berita BBC, laporan itu mendakwa institusi di UK yang menerima pembiayaan Arab Saudi dikendalikan sepenuhnya oleh negara itu walaupun dalam kebanyakannya pemberian itu kelihatan hanya untuk ‘mendapatkan pengaruh luar’.

Kedutaan Arab Saudi di London menegaskan, sebarang tuduhan terhadap penglibatan kerajaannya dalam aktiviti radikal beberapa individu adalah tidak berasas tanpa sebarang bukti yang jelas kerana negara itu sendiri turut berdepan pelbagai serangan keganasan dari militan al-Qaeda dan juga Daesh.

“Kami tidak pernah dan tidak akan membiarkan sahaja sebarang tindakan atau penyebaran ideologi berkaitan ekstremisme dan kami tidak akan berhenti sehingga organisasi mereka dimusnahkan,” katanya.

Wartawan keselamatan BBC, Frank Gardner berkata, penerbitan laporan itu dilakukan ketika ketegangan memuncak di negara-negara Teluk apabila Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir menuduh Qatar menyokong ekstremisme dan keganasan.

Menteri-menteri luar negara-negara berkenaan dilaporkan bertemu di Kaherah untuk membincangkan kemungkinan melanjutkan sekatan ke atas Qatar, manakala Menteri Luar Qatar pula memutuskan untuk membuat sidang akhbar di London bagi menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Arab Saudi berkata, pihaknya dan tiga buah negara lain sudah menerima maklum balas Qatar terhadap 13 tuntutan dikemukakan dan akan menjawabnya pada masa sesuai.

Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, menyerahkan maklum balas rasmi tuntutan berkenaan kepada Kuwait kelmarin, selaku pengantara pertelingkahan tetapi kandungannya tidak didedahkan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain