Pasukan itu melaporkan telah memintas beberapa bot pendatang haram di Laut Merah sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kes terbaharu, pasukan itu “mengagalkan cubaan sekumpulan 31 orang pendatang haram dari beberapa negara cuba memasuki perairan Arab Saudi dengan menaiki bot kayu,” kata jurucakap Pengawal Sempadan, Kolonel Sahir al-Harbi.

Beliau berkata, kumpulan itu terdiri daripada 20 warga Sudan, enam warga Nigeria dan lima warga Ethiopia.

“Mereka datang dari pantai Sudan,” katanya, dipetik oleh agensi berita Saudi Press Agency (SPA).

Sekurang-kurangnya 339 pendatang haram telah dipintas oleh pengawal sempadan Arab Saudi di luar perairan negara ini sejak pertengahan Jun lalu, demikian menurut angka yang dikeluarkan oleh SPA.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak 2014 lebih 10,000 orang terbunuh ketika cuba menyeberangi Laut Mediterranean dari Afrika ke Eropah, yang berdepan krisis pelarian terburuk sejak Perang Dunia Kedua. - AFP