Sambil menegaskan keazaman kerajaan negara itu untuk memudahkan jemaah mendapat perkhidmatan sebaik mungkin dalam bidang kesihatan, keselamatan, pengangkutan dan tempat tinggal, beliau berkata ini selari dengan Visi 2030 Arab Saudi yang diperkenalkan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

"Apa yang anda ingin capai adalah dengan mudah alih kerana ia mempunyai semua aplikasi teknikal. Menjelang 2030, semua perkhidmatan Haji akan dikendalian secara elektronik sepenuhnya. Penggunaan teknologi akan diperhatikan semasa musim haji tahun ini menggunakan teknologi komunikasi dan menghubungkannya dengan teknologi pintar untuk menyelaras jemaah haji, " katanya.

Dr Mohammed Saleh berkata demikian kepada 11 editor dari Malaysia, Pakistan, Senegal, Indonesia, Turki and Sudan yang membuat liputan persiapan musim haji di Tanah Suci.

"Kami telah membuat perkembangan yang berkesan dalam memperkukuhkan kemudahan dan perkhidmatan yang menelan belanja AS$30 bilion bagi menampung peningkatan jumlah jemaah setiap tahun. Setiap tahun kami menerima 30 juta jemaah haji dan umrah," katanya. - BERNAMA