Terdahulu, Putera Abdulaziz bin Fahd yang juga putera kepada Almarhum Raja Fahd dilaporkan terbunuh semasa berada dalam tahanan susulan beberapa siri tangkapan akhir minggu lalu.

Berita itu turut viral di media sosial berikutan penyebaran status yang disertakan bersama ‘hashtag’ #Putera Abdulaziz bin Fahd maut, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

“Khabar angin mengenai Putera Abdulaziz bin Fahd yang tersebar di media adalah tidak benar sama sekali.

“Beliau masih hidup dan sihat,” kata jurucakap Kementerian Penerangan dalam satu kenyataan. -AFP