Portal Arabnews.com me­laporkan, perkara itu bertujuan melindungi keselamatan pekerja di negara ini yang berdepan cuaca panas.

Perintah tersebut diumumkan oleh Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial Arab Saudi dan dilaksanakan dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 3 petang.

Setiausaha Pemeriksaan dan Penambahbaikan Persekitaran Kerja kementerian, Fahad Abdullah Al-Awaidi berkata, arahan itu bagaimanapun dikecualikan kepada pekerja di sektor gas dan minyak.

Bagaimanapun jelasnya, majikan perlu mengambil langkah untuk melindungi pekerja dan mematuhi perintah tersebut.

“Kementerian cuba memastikan persekitaran kerja adalah selamat dan mengelak kecederaan serta kemalangan yang boleh menjejaskan produktiviti,” katanya.

Beliau menjelaskan, penge­cualian juga diberikan di beberapa kawasan di Arab Saudi yang me­ngalami suhu rendah pada tempoh larangan itu dikuatkuasakan.

Tambahnya, penyelarasan antara kementerian dan pihak berkuasa di wilayah-wilayah akan dilakukan bagi memeriksa keadaan cuaca di kawasan ma­sing-masing.