Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Arab Saudi dan Iraq buka semula lintasan sempadan Arar

GAMBAR fail bertarikh 19 jun lalu menunjukkan Perdana Menteri
GAMBAR fail bertarikh 19 jun lalu menunjukkan Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi bertemu Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di Jeddah, Arab Saudi.-AGENSI

RIYADH 15 Ogos - Arab Saudi dan Iraq merancang membuka semula lintasan sempadan Arar untuk tujuan perdagangan buat pertama kali selepas 27 tahun.

Kawasan sempadan berkenaan ditutup sejak tahun 1990 selepas kedua-dua negara memutuskan hubungan berikutan tindakan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein menyerang Kuwait.

Pegawai Arab Saudi dan Iraq melawat tapak tersebut hari ini dan bercakap dengan warga Iraq yang dilaporkan mempunyai akses ke kawasan tersebut hanya sekali setahun semasa musim haji.

Gabenor wilayah Anbar di barat daya Iraq berkata, kerajaan Iraq telah menghantar pasukan tentera untuk melindungi laluan padang pasir yang mengarah ke Arar dan menyifatkan pembukaan lintasan sempadan berkenaan sebagai langkah penting untuk memperbaiki hubungan dua negara itu.

Arab Saudi turut dilaporkan bersetuju menempatkan pejabat kedutaan baharu di Najaf, Iraq yang akan dibuka dalam tempoh empat bulan lagi - REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain