Menurut kenyataan Kementerian Sumber Maklumat Arab Saudi, kaum Hawa akan dibenarkan untuk menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Al-Ahli menentang Al-Batin pada 12 Januari depan.

Malah, golongan tersebut juag dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan kedua pada hari yang sama dan ketiga pada 18 Januari ini.

Berdasarkan undang-undang di negara ini, ahli keluarga lelaki perlu memberi kebenaran kepada golongan wanita untuk meneruskan pengajian, melancong serta melakukan beberapa aktiviti lain. - AFP