Namun, syarikat tek­no­logi gergasi itu pernah mengeluarkan beberapa pro­duk lain termasuk pakaian dan kasut sekitar 1990-an.

Mail Online melapor­kan, antara produk po­pu­lar ketika itu ialah sepasang kasut sukan yang tertera logo Apple berwarna-wa­rni.

Kasut bersaiz 9.5 bagi ukuran Amerika Syarikat (AS) atau 8.5 (United Kingdom) itu bagaimanapun akan dilelong menerusi laman eBay oleh Heritage Auctions iaitu sebuah syarikat lelongan yang berpangkalan di Dallas, Texas pada Ahad ini.

Harga permulaan yang diletakkan pada kasut itu pula ialah sekitar AS$15,000 (RM63,937) dan nilainya di­jangka mampu mence­cah sehingga AS$30,000 (RM127,875).

Difahamkan, kasut itu dihasilkan secara eksklusif untuk pekerja syarikat terbabit sekitar 1990-an.

Acara lelongan kasut itu dibuat hanya kira-kira setahun selepas Apple melelong beberapa produk lain keluaran sya­ri­kat tersebut.

Antara yang dilelong termasuk sehelai kemeja T berkolar tinggi berwarna hitam yang tertera tulisan NeXT, buku serta kunci berkaitan.

Turut dilelong ialah beberapa barangan peribadi seperti jaket kulit milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas bersama syarikat itu, Steve Jobs.