Apple Inc membuat keputusan itu, selepas pengguna mengambil tindakan undang-undang berikutan pengiklanan syarikat itu dilihat 'mengelirukan'.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan mendakwa iklan Apple itu mengelirukan kerana ia memaklumkan kepada pengguna di negara ini bahawa produk syarikat itu boleh disambungkan dengan rangkaian data 4G di Australia.

Sebelum kes itu didengar di Mahkamah Persekutuan Melbourne, peguam Apple membantah bahawa Apple tidak pernah memberitahu iPad keluarannya itu akan dihubungkan dengan rangkaian 4G Telstra.

Seminggu sebelum pelancaran iPad pada 16 Mac lalu, jurucakap Telstra, Craig Middleton memberitahu media bahawa iPad baru tidak sepadan dengan rangkaian 4G.

Sementara itu, Apple memberitahu Mahkamah Persekutuan pihaknya akan mengeluarkan satu penjelasan yang menyatakan bahawa iPad baru tidak serasi dengan rangkaian 4G.

Peguam Apple, Paul Anastassiou memberitahu mahkamah, mereka menjangkakan sedikit pelanggan yang akan membuat tuntutan pemulangan wang mereka semula. - DPA