Penghuni kediaman itu memaklumkan anjing tersebut memasuki ruang dapur ketika mereka tiada di rumah pada pukul 9 pagi, baru-baru ini.

“Biasanya anjing disekat daripada memasuki dapur, namun entah macam mana, anjing itu boleh menolak pintu dan masuk ke dapur,” katanya.

Rakaman keselamatan rumah menunjukkan seekor anjing bernama Dahlia ingin melihat apa yang ada di atas dapur dan tanpa sengaja telah menghidupkan ketuhar tersebut.

Ketuhar yang dihidupkan itu kemudian menyebabkan kotak faygo soda terbakar, lalu menyebabkan tin minuman itu meletup.

“Saya baru sahaja pulang dan ketika membuka pintu, saya terdengar bunyi klik dari dapur. Saya berlari ke dalam untuk melihat apa yang sedang berlaku dan saya dapati sebanyak 12 pek minuman bergas dalam keadaan terbakar di atas dapur,” katanya.

Menurutnya, anjing berkenaan bernasib baik kerana insiden itu tidak berlaku dalam keadaan teruk.

“Nasib baik, api masih menyala dan tiada gas tersebar di dalam rumah,” katanya. – UPI