Portal CNN melaporkan, Jabatan Pencegahan Bencana Thailand memberitahu, dua warga emas itu mati akibat lemas di Nakhon Si Thammarat, di sini.

Seorang lagi lelaki juga dikatakan mati selepas dihempap pokok ketika mangsa berada di rumahnya di Nakhon Si Thammarat, bagaimanpun laporan itu masih belum disahkan lagi.

Bagaimanpun bebarapa kawasan peranginan utama seperti Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao disahkan selamat daripada tempias ribut kencang ini.

Menurut portal BBC, Lapangan Terbang Koh Samui, Nakhon Si Thammarat dan Surat Thani sudah dibuka kepada orang ramai dengan beberapa penerbangan tambahan tetapi masih dilaporkan masih berlaku kelewatan. -AGENSI