Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith berkata, 131 dilaporkan hilang dalam kejadian yang berlaku di wilayah Attapeu dan kesemua rakyat negara itu.

Laporan sebelum ini menyebut bilangan korban dijangka me­ningkat ketika sebahagian besar kawasan itu masih ditenggelami air banjir dan ramalan hujan lebat minggu ini dibimbangi menjejaskan usaha menyelamat.

Di Korea Selatan, Presidennya, Moon Jae-in mengarahkan langkah menyeluruh diambil terma­suk menghantar satu pasukan bantuan kcemasan ke zon bencana di kawasan pedalaman Laos.

Presiden juga mengarahkan punca empangan hidro elektrik bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dibangunkan sebuah konsortium syarikat multinasional, dikenal pasti berikutan penyertaan syarikat Korea Selatan dalam projek berkenaan,kata jurucakap Presiden, Kim Eui-Kyeom, hari ini.

Dua syarikat Korea Selatan, SK Engineering & Construction (E & C) dan firma utiliti Korea Western Power Co mempunyai pegangan dalam projek bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion). Insiden itu menyaksikan saham pemegang saham terbesar SK E&C, SK Holdings Co Ltd, turun 6.2 peratus manakala saham SK Discovery Co Ltd, pemegang kepentingan kedua terbesar dalam projek itu merosot 10 peratus.

Seorang pegawai dari SK Engineering berkata, kawasan itu dilanda hujan lebat tiga kali ganda lebih banyak daripada kebiasaan, kata agensi berita Yonhap.

Menurut firma Korea Selatan itu, jurutera-jurutera bergelut selama hampir 24 jam untuk mengelak berlaku banjir sebelum air melimpah dan empangan runtuh sehingga melepaskan kira-kira lima bilion meter padu air.

Vientiane Times sebelum ini melaporkan Gabenor Daerah, Bounhom ​​Phommasane berkata, kira-kira 19 orang ditemukan maut manakala lebih 3,000 orang perlu di­selamatkan.

Sejumlah 2,851 orang berjaya diselamatkan, kata beliau.

“Kami akan meneruskan usaha menyelamat hari ini tetapi keada­annya sangat sukar. Puluhan orang mati dan ia mungkin lebih tinggi,” kata pegawai dari Vientia­ne ketika dihubungi Reuters melalui telefon.

Pasukan penyelamat kini mengejar masa untuk mengesan berpuluh-puluh orang yang dikhuatiri terbunuh dan beratus-ratus hilang apabila banjir me­landa sekurang-kurang­nya tujuh kampung banjir.

Kerajaan Laos semalam mengumumkan kawasan ditenggelami air sebagai zon bencana kecemasan. – AGENSI/AFP/REUTERS